Posts

Showing posts from October, 2019

ALAT SOKONGAN (MINGGU 5)

Image
Assalammualaikum dan salam UTM sanjungan bangsa 😉 Pada minggu ini, kita beralih dari makmal kepada ladang. Kami perlu mencari buluh di dalam hutan untuk digunakan sebagai alat sokongan kepada tanaman berbuah kami. Terdapat empat jenis sokongan tanaman yang biasa digunakan iaitu jenis junjung, kayu tunggal, sokongan berpara dan sokongan berpagar. Untuk batas tanaman berbuah kami, kami telah memilih sokongan jenis junjung. Sokongan ini memerlukan 7 ke 8 batang kayu. Langkah pertama kayu perlu di benamkan di dalam tanah pada bahagian kiri dan kanan batas lalu diikat pada bahagian atas kayu untuk mendapatkan bentuk junjungan.  Selepas selesai memasang kayu sokongan, kami meneruskan kerja dengan membuat laluan untuk tumbuhan menjalar dengan menggunakan tali. Sebelum kami pulang, kami telah merumpai di kawasan batas kami. Merumpai itu penting ya supaya pokok tidak perlu bersaing untuk mendapatkan nutrien. Di samping, kawasan sekeliling batas kami kelihatan bers

EKSPERIMEN TANAH (MINGGU 4)

Image
Assalamualaikum dan salam UTM Sanjungan Bangsa 💓 Pada minggu ke-empat,kami beralih dari ladang ke makmal untuk melakukan beberapa eksperimen. (yeay tak berjemur dah!!) Apabila bercerita tentang makmal dan eksperimen sudah pasti dalam fikiran kita tak lari daripada memikirkan tentang bikar, rod kaca dan sebagainya. Seperti biasa sebelum memulakan apa-apa eksperimen atau menggunakan alatan, kita akan mendapat pelbagai arahan dan cara untuk melakukan sebarang perkara agar kita tidak tersilap langkah. Puan Salina dan pembantunya menerangkan setiap satu langkah untuk memulakan eksperimen. Kami akan melakukan 3 jenis eksperimen. Kami akan menunjukkan kepada anda satu per satu agar anda tidak tersilap langkah. EKSPERIMEN 1 :- Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan. Bahan dan alat: Sampel tanah, silinder penyukat, air. Langkah-langkah: 1. Ambil sampel tanah sebanyak 50ml 2. Hancurkan tanah 3. Masukkan 50ml tanah ke dalam silinder penyukat 4. Tambahkan air ke

PROSES PEMBAJAAN DAN SEMAIAN (MINGGU 3)

Image
Assalamualaikum dan salam UTM Sanjungan Bangsa 💓 Pada minggu ke-3, setelah tanah di batas kami siap digemburkan dan dipasang dengan kayu, kami diberi pula tugasan baru oleh Dr. Husna, iaitu menjalankan proses pembajaan dan semaian ke atas batas kami. Pertama sekali, kami diarahkan untuk mencurahkan baja di atas batas kami. Terdapat dua jenis baja yang kami gunakan dalam proses ini, iaitu baja kompos dan baja yang terhasil daripada najis haiwan. Sebelum kami mulakan aktiviti ini, kami telah diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu oleh En. Faris tentang cara- cara untuk membaja batas dengan betul. Kami juga telah didedahkan tentang berapa banyak sukatan baja yang diperlukan oleh setiap batas. Setelah batas selesai dibaja, kami perlu menabur pula kapur di atas batas masing- masing. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mengurangkan keasidan tanah yang boleh menghalang kelancaran proses tumbesaran pokok. Aktiviti 1: Membaja tanah Aktiviti 2: Menabur kapur

PENYEDIAAN BATAS ( MINGGU 2 )

Image
Assalammualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa 💗 Pada minggu kedua kami telah dibahagikan secara berpasangan untuk memulakan aktiviti menyediakan batas. Batas yang terbaik adalah batas yang tanahnya digembur sehingga hancur dan dibuang rumpainya. Secara berpasangan, kami telah membahagikan kepada 2 tugasan iaitu menggemburkan tanah dan penyediaan kayu yang diarahkan oleh En Abang Hipni. Penyediaan kayu seperti mengukur dan memotong kayu mengikut ukuran batas serta mengecat kayu itu agar tidak mereput. Akhir sekali, aktiviti pemasangan kayu telah dilakukan. Setelah selesai tugasan pertama, kami telah beralih kepada tugasan penggemburan tanah. Kami sangat bersyukur kerana pelajar-pelajar lelaki kelas kami sangat banyak membantu dan mengajar kami cara-cara untuk menggemburkan tanah. Semasa proses ini dijalankan, proses membuang rumpai turut dijalankan. Rumpai perlu dibuang untuk mengelakkan ianya tumbuh dan bersaing dengan tanaman. Aktiviti 1 : Menggembur tanah

PENGENALAN & MINGGU 1

Image
Assalammualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa 💗 PENGENALAN Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan ahli kumpulan saya yang terdiri oleh ZANARIAH BINTI MAT RESAD (A19HP0160), SYAMSUL AKMAL BIN MOHD RIDZUAN (A19HP0153),  AQIEL DANNIEL BIN MOHD ROSLI (A19HP0022), NURAZIMA AZNIZA BINTI ABDUL AZIZ (A19HP0123) . MINGGU 1  Pada minggu pertama kelas Pembiakan dan Pengurusan Tanaman 🌾, pendedahan awal berkaitan subjek ini telah diberikan oleh Dr Nur Husna bt Abd Wahid selaku pensyarah kami. Selain itu, kami telah diberikan penerangan berkaitan keselamatan dan peraturan  semasa di ladang oleh En Faris Alwi bin Mohd Bakri dan Pn Salina bt Ardi. Setelah itu, kami terus pergi membuat lawatan penerangan di sekeliling ladang. Selesai sudah, kami telah diberikan tugasan iaitu membuat pembahagian tanah untuk penghasilan batas (10 kaki x 4 kaki dengan jarak antara batas sebanyak 2 kaki). Secara bekerjasama, kami telah selesaikan tugasan itu dengan pantas dan terus kepada pembahagian