ALAT SOKONGAN (MINGGU 5)

Assalammualaikum dan salam UTM sanjungan bangsa 😉

Pada minggu ini, kita beralih dari makmal kepada ladang. Kami perlu mencari buluh di dalam hutan untuk digunakan sebagai alat sokongan kepada tanaman berbuah kami. Terdapat empat jenis sokongan tanaman yang biasa digunakan iaitu jenis junjung, kayu tunggal, sokongan berpara dan sokongan berpagar.
Untuk batas tanaman berbuah kami, kami telah memilih sokongan jenis junjung. Sokongan ini memerlukan 7 ke 8 batang kayu. Langkah pertama kayu perlu di benamkan di dalam tanah pada bahagian kiri dan kanan batas lalu diikat pada bahagian atas kayu untuk mendapatkan bentuk junjungan. 






Selepas selesai memasang kayu sokongan, kami meneruskan kerja dengan membuat laluan untuk tumbuhan menjalar dengan menggunakan tali.


Sebelum kami pulang, kami telah merumpai di kawasan batas kami. Merumpai itu penting ya supaya pokok tidak perlu bersaing untuk mendapatkan nutrien. Di samping, kawasan sekeliling batas kami kelihatan bersih.

Itu sahaja cerita dan aktiviti kami pada minggu ini. Sekian terima kasih 💕



Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 ( PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

MINGGU 11 (PEMBIAKAN KAEDAH TUT UDARA)

Minggu 8 (Tugasan Video)