MINGGU 11 (PEMBIAKAN KAEDAH TUT UDARA)

Assalamualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa πŸ’–


Aktiviti amali kami yang seterusnya pula ialah menjalankan proses pembiakan tumbuhan melalui kaedah Tut. Kaedah Tut juga dikenali sebagai Markot. Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Tut Udara dan Tut Lentur.

Pada 11 Disember 2019 iaitu pada hari Rabu, kelas kami diadakan di Ladang UTM. Pada awal sesi pembelajaran, kami diberi penerangan terlebih dahulu oleh tenaga pengajar tentang bagaimana untuk melakukan pembiakan tumbuhan melalui kaedah Tut. Kami telah memilih untuk melakukan kaedah Tut Udara. Alatan dan radas yang digunakan untuk melakukan tugasan amali ini ialah plastik putih, tali rafia, tanah, penggalak akar dan pisau lipat. kami telah memilih pokok jati sebagai induk pembiakan Tut ini.

Langkah- langkah melakukan kaedah Tut Udara:-
  1. Pertama sekali, gaulkan tanah dengan menggunakan medium 3:2:1. dan lembapkannya.
  2. Bentukkan tanah yang lembap tersebut sehingga berbentuk sfera.
  3. kemudian pilih induk pokok yang hendak dijadikan sebagai tempat pembiakan dengan kaedah Tut ini.
  4. Cari dahan yang sesuai dan buang kulit pokok pada dahan itu aggaran dalam 4cm panjang dengan berhati-hati agar dahan tersebut tidak tercedera.
  5. Seterusnya, sampukan penggalak akar pada bahagian dahan yang telah dibuang kulitnya tadi.
  6. Balutkan keseluruhan permukaan dahan yang disapukan dengan penggalak akar dengan menggunakan tanah yang berbentuk sfera tadi.
  7. Selepas itu, balut pula tanah tersebut dengan mampat dan kemas dengan menggunakan plastik putih supaya tidak berlaku kesokkan pada tanah tersebut.
  8. Akhir sekali, ikat kedua-dua hujung plastik dengan menggunakan tali rafia supaya plastik tersebut tidak terbuka dan tertanggal. 


Rajah menunjukkan kulit pada dahan pokok dibuang.

Rajah menunjukkan plastik diikat dengan menggunakan tali rafia.

Rajah menunjukkan pembiakan Tut Udara telah selesai dilakukan.


Setakat itu sahaja daripada kami, sekian terima kasih...πŸ˜‰


Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 ( PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

PENGENALAN & MINGGU 1