PENYEDIAAN BATAS ( MINGGU 2 )
Assalammualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa 💗
Pada minggu kedua kami telah dibahagikan secara berpasangan untuk memulakan aktiviti menyediakan batas. Batas yang terbaik adalah batas yang tanahnya digembur sehingga hancur dan dibuang rumpainya. Secara berpasangan, kami telah membahagikan kepada 2 tugasan iaitu menggemburkan tanah dan penyediaan kayu yang diarahkan oleh En Abang Hipni. Penyediaan kayu seperti mengukur dan memotong kayu mengikut ukuran batas serta mengecat kayu itu agar tidak mereput. Akhir sekali, aktiviti pemasangan kayu telah dilakukan.
Setelah selesai tugasan pertama, kami telah beralih kepada tugasan penggemburan tanah. Kami sangat bersyukur kerana pelajar-pelajar lelaki kelas kami sangat banyak membantu dan mengajar kami cara-cara untuk menggemburkan tanah. Semasa proses ini dijalankan, proses membuang rumpai turut dijalankan. Rumpai perlu dibuang untuk mengelakkan ianya tumbuh dan bersaing dengan tanaman.
Aktiviti 1 : Menggembur tanah
Aktiviti 2 : Membuang rumpai
Aktiviti 3 : Mengukur dan memotong kayu
Aktiviti 4 : Mengecat kayu
Aktiviti 5 : Memasang kayu di atas batas yang telah siap
Yeahhhh!!!! Batas kami telah siap dengan jayanya 👏. Alhamdullillah.. Tidak sangka dalam masa 1 minggu kami telah menyiapkan batas kami... Ini semua hasil kerjasama kami satu kelas dan semangat hampir setiap hari ke ladang.. Terima kasih semua.😉
Comments
Post a Comment