PENGENALAN & MINGGU 1

Assalammualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa 💗



PENGENALAN

Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan ahli kumpulan saya yang terdiri oleh ZANARIAH BINTI MAT RESAD (A19HP0160), SYAMSUL AKMAL BIN MOHD RIDZUAN (A19HP0153),  AQIEL DANNIEL BIN MOHD ROSLI (A19HP0022), NURAZIMA AZNIZA BINTI ABDUL AZIZ (A19HP0123).

MINGGU 1 

Pada minggu pertama kelas Pembiakan dan Pengurusan Tanaman 🌾, pendedahan awal berkaitan subjek ini telah diberikan oleh Dr Nur Husna bt Abd Wahid selaku pensyarah kami. Selain itu, kami telah diberikan penerangan berkaitan keselamatan dan peraturan  semasa di ladang oleh En Faris Alwi bin Mohd Bakri dan Pn Salina bt Ardi. Setelah itu, kami terus pergi membuat lawatan penerangan di sekeliling ladang. Selesai sudah, kami telah diberikan tugasan iaitu membuat pembahagian tanah untuk penghasilan batas (10 kaki x 4 kaki dengan jarak antara batas sebanyak 2 kaki). Secara bekerjasama, kami telah selesaikan tugasan itu dengan pantas dan terus kepada pembahagian batas kepada setiap pelajar.



 

Aktiviti mengukur dan menanda batas menggunakan pita pengukur dan kayu pancang 


Itu sahaja cerita kami pada hari pertama di ladang. Terima kasih dan sampai jumpa lagi 😊✌

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 ( PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

MINGGU 11 (PEMBIAKAN KAEDAH TUT UDARA)