EKSPERIMEN TANAH (MINGGU 4)

Assalamualaikum dan salam UTM Sanjungan Bangsa💓

Pada minggu ke-empat,kami beralih dari ladang ke makmal untuk melakukan beberapa eksperimen. (yeay tak berjemur dah!!) Apabila bercerita tentang makmal dan eksperimen sudah pasti dalam fikiran kita tak lari daripada memikirkan tentang bikar, rod kaca dan sebagainya.

Seperti biasa sebelum memulakan apa-apa eksperimen atau menggunakan alatan, kita akan mendapat pelbagai arahan dan cara untuk melakukan sebarang perkara agar kita tidak tersilap langkah. Puan Salina dan pembantunya menerangkan setiap satu langkah untuk memulakan eksperimen. Kami akan melakukan 3 jenis eksperimen. Kami akan menunjukkan kepada anda satu per satu agar anda tidak tersilap langkah.


EKSPERIMEN 1:-

Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan.

Bahan dan alat: Sampel tanah, silinder penyukat, air.

Langkah-langkah:
1. Ambil sampel tanah sebanyak 50ml



2. Hancurkan tanah
3. Masukkan 50ml tanah ke dalam silinder penyukat



4. Tambahkan air ke dalam silinder penyukat sehingga 300ml
5. Tutup selinder penyukat dengan tapak tangan dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah
6. Letakkan selinder peyukat di atas meja selama 3 jam tanpa gangguan
7. Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap. Catatkan dalam jadual


8. Hitungkan peratus pisahan tanah
9. Tentukan Kelas Tekstur Tanah menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.

Keputusan: Ketinggian keseluruhan pisahan 4 cm

Pisahan                 Ketinggian(cm)                  Peratus(%)
pasir                                  2.8                                    70
kelodak                          0.4                                    10
tanah liat                       0.8                                    20

Peratus pisahan= ketinggian lapisan pisahan/ketinggian semua lampiran x 100



Kesimpulan: Hasil daripada penelitian kami, tanah ini dalam kelas tekstur "sandy clay loam". Jenis tanah ini adalah sesuai untuk penanaman dan dapat membekalkan keperluan terhadap biji benih.


EKSPERIMEN 2:-

Menentukan tekstur tanah melalui cara medan.

Bahan dan alatan: Sampel tanah, air, plastic putih, kain lap.

Langkah-langkah:
1. Ambil lebih kurang 20g sampel tanah atau "secukup rasa gitu.. haaa..." untuk membuat bentuk bebola tanah dalam anggaran diameter 2 hingga 3cm.
2. Letakkan sampel tanah diatas plastic putih dan uli tanah tersebut dengan sedikit air. tujuan plastic ini adalah agar tidak menggotorkan meja atau dimana saja anda melakukan. (al-maklum laaa kalau dah main dengan tanah liat ni, kadang perangai kebudakkan sikit. hihi)
3. Kemudian bentukkan tanah tersebut kepada 5 bentuk agar jadikannya bebola, reben, rod bentuk U dan gegelang.



Kesimpulan: Berdasarkan eksperimen yang kami lakukan ini, tanah ini dapat membentuk kesemua jenis bentuk yang diberi tetapi ada sedikit rekahan pada gegelang dan reben. Mungkin hasil daripada kesulitan waktu menghasilkannya atau mungkin juga ada terdapat beberapa batu yang bersaiz agak besar pada tanah liat tersebut.


EKSPERIMEN 3:-

Memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.

Bahan dan alatan: Sampel tanah, air suling, gentian kaca, bikar, corong turas.

Langkah-langkah:
1. Sediakan radas seperti yang diarahkan
2. Sukat 50ml air suling

3. Tuangkan 50ml air kedalam setiap sampel tanah dan tentukan isi padu air yang mengalir kedalam kelalang kun.

4. Catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam jadual
5. Ambil bacan pH tanah menggunakan meter pH


Keputusan: Tanah ini mendapat keputusan nilai pH sebanyak 6.4. 

Kesimpulan: Eksperimen ini kami melakukan sebanyak 17 jenis tanah daripada setiap batas yang berbeza dan hasil daripada penelitian kami semua hanya dua jenis tanah daripada dua batas memiliki nilai pH pada kadar bawah 6. Yang selebihnya pada aras nilai pH atas 6.

Kesimpulan daripada kesemua eksperimen yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji dan menilai samada tanah yang dipilih adakah baik/elok untuk sebarang penanaman yang dilakukan.

Sampai disini sahaja kisah kami di bengkel yang menceritakan serba sedikit tentang eksperimen yang dijalankan minggu ini. Kita akan bersambung lagi pada minggu 5. "See Ya"

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 ( PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

MINGGU 11 (PEMBIAKAN KAEDAH TUT UDARA)

Minggu 8 (Tugasan Video)