PROSES PEMBAJAAN DAN SEMAIAN (MINGGU 3)

Assalamualaikum dan salam UTM Sanjungan Bangsa💓

Pada minggu ke-3, setelah tanah di batas kami siap digemburkan dan dipasang dengan kayu, kami diberi pula tugasan baru oleh Dr. Husna, iaitu menjalankan proses pembajaan dan semaian ke atas batas kami. Pertama sekali, kami diarahkan untuk mencurahkan baja di atas batas kami. Terdapat dua jenis baja yang kami gunakan dalam proses ini, iaitu baja kompos dan baja yang terhasil daripada najis haiwan. Sebelum kami mulakan aktiviti ini, kami telah diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu oleh En. Faris tentang cara- cara untuk membaja batas dengan betul. Kami juga telah didedahkan tentang berapa banyak sukatan baja yang diperlukan oleh setiap batas. Setelah batas selesai dibaja, kami perlu menabur pula kapur di atas batas masing- masing. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mengurangkan keasidan tanah yang boleh menghalang kelancaran proses tumbesaran pokok.


Aktiviti 1: Membaja tanah


Aktiviti 2: Menabur kapur di atas tanah


Aktiviti 3: Mensebatikan baja dan kapur dengan tanah


Batas yang telah disebatikan dengan baja dan kapur


Setelah baja dan kapur sebati dengan tanah, kita beralih pula ke proses yang seterusnya iaitu proses semaian. Pertama sekali, kami perlu mendengar taklimat yang diberikan oleh Pn. Salina terlebih dahulu. Antara maklumat yang diberitahu kepada kami ialah tentang jenis- jenis biji benih dan cara- cara penyemaian biji benih. Kami diberi dua pilihan biji benih iaitu biji benih jenis sayuran berdaun dan berbuah. Untuk menyemai biji benih jenis sayuran berdaun, kami perlu menggunakan kaedah nisbah 1:10 bagi campuran biji benih dengan pasir. Kaedah ini digunakan kerana benih sayuran berdaun begitu halus untuk dilihat di atas tanah. Jadi bagi mengelakkan daripada berlakunya penyemaian secara berulang di kawasan yang sama, benih telah pun dicampurkan dengan pasir bagi memudahkan kami untuk mendapatkan kepastian bahawa sesuatu kawasan di batas itu telah pun disemai dengan benih. Manakala, bagi benih sayuran berbuah pula, benih ini lebih besar berbanding benih sayuran berdaun. Benih ini mudah dilihat. Kami hanya perlu menggunakan beberapa kayu kecil untuk dijadikan sebagai penanda di kawasan- kawasan yang telah disemai dengan benih.

Aktiviti 4: Menyemai biji benih

Alhamdulillah... Tugasan yang diberikan kepada kami dapat diselesaikan dengan jayanya mengikut tempoh yang telah ditetapkan... So far so good😎


Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 ( PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

MINGGU 11 (PEMBIAKAN KAEDAH TUT UDARA)

PENGENALAN & MINGGU 1