Posts

Showing posts from November, 2019

MINGGU 9 ( TUAIAN DAN JUALAN)

Image
Assalammualaikum dan Salam Sanjungan UTM 💕 Pada minggu ini kami telah melakukan proses tuaian dan jualan hasil tanaman kami. proses tuaian ini juga dikenali sebagai pengendalian lepas tuai. Apa itu pengendalian lepas tuai? Pengendalian lepas tuai adalah kaedah yang bermula daripada hasil tanaman dituai sehingga ke peringkat pengunaannya. 🌱 Pengendalian lepas tuai ini mempunyai 6 proses iaitu: 1) Penuaian Kerja mencabut sayuran bersama akarnya sekali menggunakan tangan dengan teliti bagi mengelakkan kerosakkan.  Proses ini sesuai dilakukan pada waktu pagi dan lewat petang. 2 ) Pembersihan Pembasuhan dilakukan di dalam takungan air bersih yang sentiasa mengalir. Pastikan tiada kotoran yang masih terlekat pada sayuran dan akar. Sayuran tidak perlu direndam dalam air tetapi perlu dilembabkan sahaja. 3) Pemilihan dan timbang Bahagian sayuran  yang mengalami kerosakkan seperti patah, perubahan warna, berpenyakit hendaklah dipotong untuk mengekalkan mu

Minggu 8 (Tugasan Video)

Assalammualaikum dan Salam Sanjungan UTM 💕 Sebelum cuti midsem, kami telah diberikan tugasan iaitu membuat video salah seorang ahli keluarga berkaitan fotosintesis, respirasi, transpirasi dan translokasi. Kami perlu mengajar mereka sehingga mereka  faham dan berkebolehan untuk membuat penerangan. Dibawah ialah video tugasan kami. Fotosintesis 🌳 Oleh Sepupu Zanariah  Transpirasi 🌳 Oleh Adik Nurazima Azniza Respirasi 🌳 Oleh Umi Aqiel Danniel Translokasi 🌳 Oleh Ibu Syamsul Akmal

Pembiakan Keratan Batang ( Minggu 7)

Image
Assalammualaikum dan Salam Sanjungan UTM 💖 Terdapat beberapa pembiakan selain bijih benih antaranya melalui daun, anak pokok dan sebagainya. Pada minggu ini, kami mempelajari cara pembiakan melalui keratan batang. Puan Salina telah memberi tugasan untuk mencari pokok yang sesuai untuk dibiakkan melalui keratan batang. Contohnya, pokok - pokok hiasan seperti pokok bunga raya, pokok pudding, pokok kemboja dan sebagainya. Pokok yang dicarikan perlulah berdiameter 8 cm agar akar mudah bercambah kerana mempunyai keluasan yang agak besar. Untuk medium tanah yang digunakan ialah 3 : 2 : 1 dimana ia adalah tanah (3), baja organik (2) dan pasir (1). Medium akan dicampurkan dan dipenuhkan ke dalam pasu. Seterusnya, keratan batang yang telah dicari itu akan dikemaskan permukaan bawahnya agar tidak terluka. Keratan batang itu juga akan diletakkan penggalak akar kerana ia mampu membantu pertumbuhan akar. Akhir sekali, siaplah proses pembiakan melalui keratan batang ini setelah ianya

RACUN ORGANIK (MINGGU 6)

Image
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SANJUNGAN UTM 💖 Pada minggu ini aktiviti yang telah kami lakukan di ladang adalah aktiviti membuat racun serangga organik. Racun serangga ini bertujuan untuk menghalang serangga dari memakan sayuran kami. Berikut adalah bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan racun serangga organik: Bawang putih (satu labu) cili padi (6 biji) 300 ml air hujan minyak masak ( satu sudu kecik) sabun pencuci ( satu sudu kecik)                            Langkah - langkah : kisar semua bahan tersebut dengan menggunakan blender masukkan bahan yang telah dikisar pada bekas kaca dan diperap selama 24 jam Selepas 24 jam, Tapis bahan tersebut dan ambil patinya. Masukkan sebanyak 100ml pati ke dalam bekas penyembur dan masukkan sekali air sebanyak 1,5 L Goncang sehingga semua bahan sebati  sembur racun ke pokok sehingga daun basah dengan kadar tiga hari sekali pada pokok yang bermasalah.