Pembiakan Keratan Batang ( Minggu 7)

Assalammualaikum dan Salam Sanjungan UTM 💖

Terdapat beberapa pembiakan selain bijih benih antaranya melalui daun, anak pokok dan sebagainya. Pada minggu ini, kami mempelajari cara pembiakan melalui keratan batang. Puan Salina telah memberi tugasan untuk mencari pokok yang sesuai untuk dibiakkan melalui keratan batang. Contohnya, pokok - pokok hiasan seperti pokok bunga raya, pokok pudding, pokok kemboja dan sebagainya.

Pokok yang dicarikan perlulah berdiameter 8 cm agar akar mudah bercambah kerana mempunyai keluasan yang agak besar. Untuk medium tanah yang digunakan ialah 3 : 2 : 1 dimana ia adalah tanah (3), baja organik (2) dan pasir (1). Medium akan dicampurkan dan dipenuhkan ke dalam pasu.


Seterusnya, keratan batang yang telah dicari itu akan dikemaskan permukaan bawahnya agar tidak terluka. Keratan batang itu juga akan diletakkan penggalak akar kerana ia mampu membantu pertumbuhan akar.


Akhir sekali, siaplah proses pembiakan melalui keratan batang ini setelah ianya ditanam didalam pasu yang mempunyai medium tanah.


Sekian untuk minggu ini. Terima kasih 😉

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 ( PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

MINGGU 11 (PEMBIAKAN KAEDAH TUT UDARA)

PENGENALAN & MINGGU 1