RACUN ORGANIK (MINGGU 6)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SANJUNGAN UTM 💖

Pada minggu ini aktiviti yang telah kami lakukan di ladang adalah aktiviti membuat racun serangga organik. Racun serangga ini bertujuan untuk menghalang serangga dari memakan sayuran kami.

Berikut adalah bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan racun serangga organik:

  • Bawang putih (satu labu)
  • cili padi (6 biji)
  • 300 ml air hujan
  • minyak masak ( satu sudu kecik)
  • sabun pencuci ( satu sudu kecik) 


                     




    Langkah - langkah :
  1. kisar semua bahan tersebut dengan menggunakan blender
  2. masukkan bahan yang telah dikisar pada bekas kaca dan diperap selama 24 jam
  3. Selepas 24 jam, Tapis bahan tersebut dan ambil patinya.
  4. Masukkan sebanyak 100ml pati ke dalam bekas penyembur dan masukkan sekali air sebanyak 1,5 L
  5. Goncang sehingga semua bahan sebati 
  6. sembur racun ke pokok sehingga daun basah dengan kadar tiga hari sekali pada pokok yang bermasalah.


Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 ( PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

MINGGU 11 (PEMBIAKAN KAEDAH TUT UDARA)

Minggu 8 (Tugasan Video)