MINGGU 9 ( TUAIAN DAN JUALAN)

Assalammualaikum dan Salam Sanjungan UTM 💕

Pada minggu ini kami telah melakukan proses tuaian dan jualan hasil tanaman kami. proses tuaian ini juga dikenali sebagai pengendalian lepas tuai. Apa itu pengendalian lepas tuai?

Pengendalian lepas tuai adalah kaedah yang bermula daripada hasil tanaman dituai sehingga ke peringkat pengunaannya.

🌱Pengendalian lepas tuai ini mempunyai 6 proses iaitu:

1) Penuaian
Kerja mencabut sayuran bersama akarnya sekali menggunakan tangan dengan teliti bagi mengelakkan kerosakkan.  Proses ini sesuai dilakukan pada waktu pagi dan lewat petang.



2) Pembersihan
Pembasuhan dilakukan di dalam takungan air bersih yang sentiasa mengalir. Pastikan tiada kotoran yang masih terlekat pada sayuran dan akar. Sayuran tidak perlu direndam dalam air tetapi perlu dilembabkan sahaja.


3) Pemilihan dan timbang
Bahagian sayuran  yang mengalami kerosakkan seperti patah, perubahan warna, berpenyakit hendaklah dipotong untuk mengekalkan mutu dan sentiasa kelihatan segar & menarik. Akar perlulah dipotong sekiranya terlalu panjang namun akar juga berfungsi untuk mengelakkan sayuran mudah layu. Timbangan bagi bayam merah ialah 250g /RM2.00 manakala bagi timbangan sawi / pak coy ialah 200g /RM2.00 


4) Pembungkusan
Proses ini bertujuan untuk melindungi sayuran dari mengalami kerosakkan dan mengekalkan mutu sayuran. Di samping itu, ia juga akan memudahkan pengurusan dan penjualan. Setiap pembungkusan perlulah ditampal stiker sebagai trademark 'LADANG'. 


5) Pemasaran dan penjualan
Sebagai peniaga, kita perlu pastikan sayuran yang dipasarkan segar dan sampai kepada pembeli dalam masa yang ditetapkan. Kita juga telah menggunakan pemasaran yang terbaik seperti pengiklan poster.

         

6) Penghantaran dan pengangkutan
Proses ini telah dijalankan oleh pelajar-pelajar yang mempunyai kenderaan bagi memudahkan pergerakan.


🌱Seterusnya apakah pula hayat lepas tuai dan tempoh matang?

Hayat lepas tuai ialah tempoh selepas tanaman dituai sehingga sampai ke pengguna dalam keadaan kualiti yang baik dan boleh diterima 

Tempoh matang pula adalah  Tempoh antara penanaman anak benih hingga masa yang sesuai untuk dituai. Sekiranya tanaman terlalu cepat tuai, hasilnya berkemungkinan belum masak manakala jika terlalu lewat tuai/ tua/ terlebih tempoh, hasilnya akan keras, kasar, liat dan berbunga dan harga rendah.

🍀 Maka perbezaannya ialah hayat lepas tuai tempoh tanaman dituai sehingga diserahkan kepada pengguna manakala tempoh matang ialah tempoh dimana tanaman itu sedia untuk dituai.

🌱Pada pendapat kami, proses yang paling penting ialah proses penjualan. Ini kerana sekiranya hasil tanaman tidak laku dijual pada jangka masa 3 jam selepas tanaman dituai, tanaman itu boleh rosak dan tidak segar kepada pengguna.
Sekian untuk minggu ini, jumpa lagi... Terima kasih 😘

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 ( PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

MINGGU 11 (PEMBIAKAN KAEDAH TUT UDARA)

PENGENALAN & MINGGU 1