Posts

MINGGU 11 (PEMBIAKAN KAEDAH TUT UDARA)

Image
Assalamualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa  💖 Aktiviti amali kami yang seterusnya pula ialah menjalankan proses pembiakan tumbuhan melalui kaedah Tut. Kaedah Tut juga dikenali sebagai Markot. Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Tut Udara dan Tut Lentur. Pada 11 Disember 2019 iaitu pada hari Rabu, kelas kami diadakan di Ladang UTM. Pada awal sesi pembelajaran, kami diberi penerangan terlebih dahulu oleh tenaga pengajar tentang bagaimana untuk melakukan pembiakan tumbuhan melalui kaedah Tut. Kami telah memilih untuk melakukan kaedah Tut Udara. Alatan dan radas yang digunakan untuk melakukan tugasan amali ini ialah plastik putih, tali rafia, tanah, penggalak akar dan pisau lipat.   kami telah memilih pokok jati sebagai induk pembiakan Tut ini. Langkah- langkah melakukan kaedah Tut Udara:- Pertama sekali, gaulkan tanah dengan menggunakan medium 3:2:1. dan lembapkannya. Bentukkan tanah yang lembap tersebut sehingga berbentuk sfera. kemudian pilih induk pokok y

MINGGU 10 ( PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

Assalammualaikum dan Salam Sanjungan UTM💖 Pada 20 November 2019,  kami telah menjalankan amali yang kedua bagi kursus Pembiakan dan Pengurusan Tanaman (SPPL 1212) di Makmal Pertanian Tisu Kultur N30. Amali ini lebih kepada mengetahui berkaitan percambahan bijih benih. Amali ini terbahagi kepada tiga eksperimen iaitu yang pertama ialah keperluan percambahan bijih benih. Kedua, mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan bijih benih dan yang terakhir ialah percambahan epigeal dan hipogeal. LAPORAN EKSPERIMEN 1 Tajuk : Keperluan Percambahan Tujuan : Untuk mengetahui keperluan tumbuhan untuk percambahan bijih benih. Bahan dan alat : Piring petri/bekas plastik, kapas, bijih benih, air yang telah disejukkan. Langkah – langkah : 1.        Bahan dan alat yang ingin digunakan akan disediakan seperti jadual berikut. 2.       10 bijih benih akan dimasukkan dalam setiap radas. 3.       Semua radas akan disiram a